Friday, August 23, 2013

 Kehadiran pelanggan dalam jumlah yang agak ramai pada hari ini begitu mengujakan kami. Seperti di rancang sejak awal. kehadiran mereka adalah untuk mengisi slot sambutan hari keluarga dan aktiviti sukaneka. Kehadiran ahli keluarga dan sanak saudara turut memeriahkan lagi aktiviti yang akan dilaksanakan.. jom kita tengok gambar-gambar sekitar perjalanan program 








Aktiviti 1 : Pertandingan membersihkan ayam. lepas ni kita masak ramai2 ye... 







Aktiviti 2 : Isi air dalam botol. jangan tipu2 tau.. 


Akltiviti 3 : Boling padang. Bola nya buah kelapa, pin nya botol berisi air. 

Cubaan dulu.. yang ni tak kira tau.. baru cuba2 ni 

kalau baling dari jarak dekat macam ni aci tak ? 

Kaum ibu mencuba nasib. 

Yeayy... buah kelapa dah masuk parit...




Kami ni tengok je la..  nak join tak larat.. 

ok.. nak baling ni.. nak baling dah.. berat la pulak .. 

hiaaaahhhh... mau ke palong buah kelapa ni aku campak karang... 

ayah.. nak baling jugak.. ishh jangan.. jatuh atas kepala karang... 


ok kak.. steady.. baling kat botol ye. jangan baling ke pengadil pulak... 

Hebat balingan yang dilakukan... 4 daripada 6 botol berjaya dijatuhkan 


Kau dulu la baling, lepas ni aku.. kau baling kuat2 ye 

turn aku..turn aku... tepi2... kuat ni... 

lepas main boling, kita isi perut dulu sementara menunggu aktiviti seterusnya. 




Sambil makan rupanya aktiviti seterusnya turut berjalan
aktiviti 4 : Pertandingan anyam ketumat untuk kaum ibu 


ish.. nak selit ikut mana ni.. susah la pulak 

hah.. dah berjaya.. tapi nape tangan aku pun terselit skali dalam ketupat ni.... 



dah siap.. aku berjaya.. ni ke tupat yang ke 10 aku buat ni.. 



ok.. sapa dah siap boleh datang kesini dan tunjuk ketupat masing-masing.. eh.. kenapa ada ketupat lembu pulak tu... 



ok.. ni ketupat saya. saya buat semalam.. eh silap.. hari ni.. lawa ni. bg markah tinggi2 skit.. 


Aktiviti 5 : Permainan kerusi beracun untuk kanak-kanak




Dah tinggal sikit dah.. 

Final.. sape la yang menang ye ? 



Aktiviti 6 : Permainan Golf 


Kau nak pukul kemana tu? lubangnya sebelah sini la.. sebelah situ paritt... 

Posing dulu sblm main golf... 


Turn aku.. turn aku.. jaga2... 

iyaaaahhhhh.. eh.. mana bolanye ? 



yeaayyy.... sampai juga turn aku.. 

Tuan punya chalet : Cikgu Rahmat menunjukkan bakat semulajadi beliau di dalam sukan golf 

lepas ayah.. turn anak pulak 



kami tak puas hati.. kami nak jugak main kerusi beracun. Skrg turn kami... 


Aktiviti 7 : Memancing
banyak ikan dalam kolam ni.. kiambangnya pun banyak.. 


 turn nenek nak tunjuk bakat.. 


 tepi-tepi.. nenek nak campak kail ni.. sangkut kat telinga sesape tak tau...

 penggunaan joran berteknologi tinggi adalah dilarang.. buluh je bang..

 duk blah nenek ni mesti bleh dapat banyak ni..

 yeaay.. dah dapat ikan keli..

 saya pun dapat.. x2
 mana ikan ni.. lamaaa dah tunggu ni ...

 tangkapan kumpulan 1

 tangkapan kumpulan 2

 tangkapan kumpulan 3

mak.. nape adik tak dapat ikan.. mana pancing adik? adik celup tangan je...

En boss pun dapat jugak..

Sesungguhnya kemeriahan sambutan hari keluarga kali ini akan diingati selalu. Sekiranya anda berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti yang telah dinyatakan.. jangan malu dan segan untuk berhubung dengan kami segera.


Posted by Villa Gemilang Homestay On 7:12 PM No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube