Friday, December 21, 2012


Pendaftaran pelajar perkhemahan unit beruniforn sksb  


sebahagian guru-guru sksb yang terlibat untuk pendaftaran  peserta



Cg Wahyu menunjukkan cara memasang khemah  kepada
peserta perkhemahan


Peserta unit Pengakap cuba untuk memasang khemah


 unit Puteri Islam kami punya khemah siap dulu he-he
 Peserta pengakap
 Peserta TKRS
 Ikhtiar hidup memasak telur dalam plastik  dengan tanah 
liat


Bila nak masak telor ni ha ?


Cg Ramli menunjukan cara mewarna batik yang sudah siap di canting



Cg Khairul dan kumpulannya sedang mewarna batik


 Peserta sedang mewarna batik yang disediakan



Batik yang hampir siap diwarna

Aktiviti ikhtiar hidup- Peserta sedang memancing ikan  



Aku dah dapat seekor ikan keli ha.ha.ha.



Aku pun dapat juga tengok ni besarkan.....


  Aktiviti merentas halangan - 
 Lompat jangan sampai jatuh pulak
 Peserta merentas parit/tali air untuk menyeberang
 Jangan takut dik tak dalam pun....pegang tai kuat-kuat ya
 Sejuknya air ni pacat ada tak ha !

 Tak takut pun aku sahut cabaran guru-guru
 Cepatlah sikit aku tak tau berenang ni....


Aktiviti memasak roti lilit.....nampak hitam legam je hangit la tu.... 


 Guru sedang menyediakan makan untuk peserta perkhemahan
bbq

yang ni dah masak ok angkat...

Posted by Villa Gemilang Homestay On 5:53 PM No comments READ FULL POST

Thursday, December 20, 2012















Posted by Villa Gemilang Homestay On 5:44 AM No comments READ FULL POST

Sunday, July 22, 2012





Ladang Mangga, Sungai Limau

Ladang Mangga ini terletak di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar. Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Sungai Besar atau 40 kilometer dari Pekan Sekinchan.

Ladang ini diusahakan oleh penduduk tempatan. Pokok pelam yang ditanam di sini telah berjaya mengeluarkan buah yang begitu manis dan sedap dimakan.

Jika anda dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Hilir Perak atau sebaliknya yang mana anda melalui Sungai Besar, maka anda tidak mungkin akan terlepas dengan gerai buah-buahan di pinggir-pinggir jalan yang menjual pelbagai buah-buahan terutamanya pelam.

Walaupun pokok pelam ini rendah sahaja tetapi buah yang dihasilkan amat memberangsangkan dan sedap dimakan.

Pada musimnya, pemilik ladang kerap menawarkan kepada para pengunjung untuk berkunjung ke ladangnya untuk menikmati sendiri buah pelam yang dipetik sendiri dari pokoknya. Bayaran yang dikenakan adalah amat murah.

Jadi ayuhlah lekas berkunjung ke Ladang Mangga, Sungai Limau, Sungai Besar. Jangan malu dan segan untuk bertanya dengan kami untuk ke sini. jom..jom..


Posted by Villa Gemilang Homestay On 2:04 AM No comments READ FULL POST

Saturday, July 21, 2012



Masjid Jin ini terletak di Kampung Panchang Bedena, Sungai Besar. Ianya kira-kira 8 kilometer dari Pekan Sungai Besar.

Masjid ini begitu digeruni kerana terdapat cerita-cerita penduduk disekitarnya yang pernah bertemu dengan makhluk ghaib semasa berada disitu yang dipercayai Jin. Walaubagaimanapun, makhluk ghaib itu bukanlah mengganggu pengunjung masjid ini. Yang paling penting adalah niat kita untuk beribadah kepada Allah di masjid ini.

Masjid ini juga menampilkan keunikannya dari segi senibinanya. Pembuatannya daripada kayu menyerlahkan keistimewaannya.

Kini, masjid ini diletakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemantauan pihak Muzium Negeri yang mana keunikkannya akan sentiasa terpelihara. Senibina masjid ini begitu unik memaparkan ciri-ciri tradisional.

Lagi gambar-gambar sekitar masjid




Posted by Villa Gemilang Homestay On 1:49 AM No comments READ FULL POST

Thursday, July 19, 2012


Selain keindahan pantai, kawasan ini juga terkenal dengan kesedapan mee udang banjirnya. Udang segar bersaiz Xl dengan kuah yang pekat begitu menyelerakan pengunjung yang datang. Jadi apa lag.. jom ke sungai besar

 ini lah kedainya... 
 ini la mee udang yang terkenal tu...

 besarkan udang nya... 

 yum...yum... sedapnya.. 

eh.. ABC dengan kerang bakar pun ada... best.. best..

Dah kenyang makan.. tinggal la kulitnya...
So apa lagi.. jom2...
Posted by Villa Gemilang Homestay On 2:39 AM No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube