Sunday, July 22, 2012





Ladang Mangga, Sungai Limau

Ladang Mangga ini terletak di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar. Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Sungai Besar atau 40 kilometer dari Pekan Sekinchan.

Ladang ini diusahakan oleh penduduk tempatan. Pokok pelam yang ditanam di sini telah berjaya mengeluarkan buah yang begitu manis dan sedap dimakan.

Jika anda dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Hilir Perak atau sebaliknya yang mana anda melalui Sungai Besar, maka anda tidak mungkin akan terlepas dengan gerai buah-buahan di pinggir-pinggir jalan yang menjual pelbagai buah-buahan terutamanya pelam.

Walaupun pokok pelam ini rendah sahaja tetapi buah yang dihasilkan amat memberangsangkan dan sedap dimakan.

Pada musimnya, pemilik ladang kerap menawarkan kepada para pengunjung untuk berkunjung ke ladangnya untuk menikmati sendiri buah pelam yang dipetik sendiri dari pokoknya. Bayaran yang dikenakan adalah amat murah.

Jadi ayuhlah lekas berkunjung ke Ladang Mangga, Sungai Limau, Sungai Besar. Jangan malu dan segan untuk bertanya dengan kami untuk ke sini. jom..jom..


Posted by Villa Gemilang Homestay On 2:04 AM No comments READ FULL POST

Saturday, July 21, 2012



Masjid Jin ini terletak di Kampung Panchang Bedena, Sungai Besar. Ianya kira-kira 8 kilometer dari Pekan Sungai Besar.

Masjid ini begitu digeruni kerana terdapat cerita-cerita penduduk disekitarnya yang pernah bertemu dengan makhluk ghaib semasa berada disitu yang dipercayai Jin. Walaubagaimanapun, makhluk ghaib itu bukanlah mengganggu pengunjung masjid ini. Yang paling penting adalah niat kita untuk beribadah kepada Allah di masjid ini.

Masjid ini juga menampilkan keunikannya dari segi senibinanya. Pembuatannya daripada kayu menyerlahkan keistimewaannya.

Kini, masjid ini diletakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemantauan pihak Muzium Negeri yang mana keunikkannya akan sentiasa terpelihara. Senibina masjid ini begitu unik memaparkan ciri-ciri tradisional.

Lagi gambar-gambar sekitar masjid




Posted by Villa Gemilang Homestay On 1:49 AM No comments READ FULL POST

Thursday, July 19, 2012


Selain keindahan pantai, kawasan ini juga terkenal dengan kesedapan mee udang banjirnya. Udang segar bersaiz Xl dengan kuah yang pekat begitu menyelerakan pengunjung yang datang. Jadi apa lag.. jom ke sungai besar

 ini lah kedainya... 
 ini la mee udang yang terkenal tu...

 besarkan udang nya... 

 yum...yum... sedapnya.. 

eh.. ABC dengan kerang bakar pun ada... best.. best..

Dah kenyang makan.. tinggal la kulitnya...
So apa lagi.. jom2...
Posted by Villa Gemilang Homestay On 2:39 AM No comments READ FULL POST



masjid lubuk pusing, Sabak Bernam 

Sejarah Lubuk Pusing : sumber Youtube
Posted by Villa Gemilang Homestay On 2:19 AM No comments READ FULL POST

Monday, July 16, 2012


 
MUZIUM PERTANIAN DAN PERIKANAN DAERAH SABAK BERNAM
Muzium Daerah Sabak Bernam terletak di Jalan Pasar Pekan Sabak Bernam, bersebelahan dengan bangunan Perpustakaan Daerah dan berhadapan dengan Masjid Jamek Daerah Sabak Bernam dengan keluasan kira-kira 1135 kaki persegi. Secara umumnya, Muzium Daerah Sabak Bernam ini bertemakan warisan dan maklumat berhubung dengan sejarah pertanian dan perikanan di Daerah Sabak Bernam khasnya dan Negeri Selangor amnya. Ia adalah sebagai salah satu usaha kerajaan dalam menggalakkan kemasukan pelancong di negeri ini dan menjadikannya salah satu pusat sumber rujukan yang unggul kepada generasi masa kini dan akan datang.

Lagi gambar persekitaran muzium yang indah dan menawan
 



 


Posted by Villa Gemilang Homestay On 7:16 AM No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube